Sunday, 13 December 2015

SEKITAR PROGRAM CISM PEKA DI IPG DATO' RAZALI ISMAIL

SEKITAR PROGRAM CISM PEKA  DI IPG DATO' RAZALI ISMAIL





SEMINAR & BENGKEL PENGURUSAN  INTERVENSI KRISIS DAN TRAUMA : PENDEKATAN PSIKOLOGI & KAUNSELING INTERVENSI KRISIS DAN TRAUMA
27 -29 NOVEMBER 2015

INSTITIUT PERGURUAN KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL, KUALA TERENGGANU, TERENGGANU



PENGENALAN

Malaysia sering menghadapi bencana alam akibat kejadian banjir,ribut dan yang terbaharu kejadian gempa bumu serta jerebu yang menyebabkan tekanan emosi serta kemusnahan kepada harta benda, Tidak kurang juga kejadian-kejadian bencana teknologi seperti kebakaran kilang bahan kimia dan keruntuhan bangunan yang disebabkan kecuaian manusia.

Kali pertama Malaysia mengalami kejutan dalam tragedi yang tidak disangka-sangka ialah kejadian Ombak Besar Tsunami pada tahun 2004. Kejadian Tsunami yang melanda Pantai Barat Semenanjung Malaysia telah menyebabkan 74 orang terkorban dan kerosakan harta benda.

 Kesan gempa bumi yang berlaku di daerah-daerah DiSabah pada tahun ini dan tahun tahun sebelumnya diIndonesia dimana negara gegarannya dapat dirasai di Bukit Tinggi, Pahang dan Negeri Sembilan boleh telah memberi kesan emosi kepada penduduk dalam negara ini. Paling hebat negara kita mengalami kadar bencana kemalangan jalan raya dan antara yang tertinggi di Asia Tenggara.

Dalam setiap musim perayaan tidak kurang 100 orang menjadi korban.Pada tahun 2013 negara kita iaitu di negeri Sabah telah diceroboh oleh pengganas Sulu,dimana dendam keturunan dan kerajaan Sulu yang berlangsung sejak zaman British menjadi kemuncak sehingga menyerang Negara kita yang sudah merdeka.

Tragedi ngeri berlaku lagi bagi rakyat negara kita dengan kemalangan udara yang terburuk pernah dialami di dunia iaitu kehilangan pesawat MAS MH370 yang tidak dapat dikesan sehingga kini. Kemalangan pesawat MH17 yang disebabkan angkara pengganas negara asing dimana telah menyebabkan korban 390 orang penumpang dan seluruh anak kapal.

Bencana-bencana ini menyebabkan trauma berpanjangan dalam episod kesedihan dan kehilangan (lost and grief). Begitu juga bagi bencana-bencana alam yang telah menyebabkan proses  perpindahan penduduk, kemusnahan harta benda dan juga kematian.

Kesan bencana alam dan krisis ini telah menyebabkan kerugian yang amat besar kepada negara. tragedi bencana alam dan krisis tersebut mungkin akan berlaku pada suatu masa yang tidak dapat dijangkan telah  memberi kesan emosi serta kecedraan psikologi  kepada penduduk dalam Negara ini.

 Dalam menghadapi bencana, kaunselor dan pegawai psikologi, AKRAB serta pertubuhan- pertubuhan sukarelawan adalah antara sumber manusia yang berada di garisan hadapan memberi bantuan emosi dan psikologi.










0 comments:

Post a Comment